BAHAGIAN 1 : SUMBER TERBUKA
( OPEN SOURCE)
Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan
tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses
pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma
pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria
berikut:
1.PENGEDARAN SEMULA BEBAS
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau
memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap
yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak
memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan
tertentu.
2.KOD SUMBER
Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan
pengedaran kod sumber berlaku . Dimana
sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus
terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber pada
kos yang berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet
tanpa sebarang bayaran.
Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pengaturcara membuat
pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan
tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau
penterjemah tidak dibenarkan.
3.KERJA BERSUMBER
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan
perlu membenarkan ia diedarkan dibawah terma yang sama dengan lesen
perisian asal.
4.KEKUATAN KOD PENCIPTA KOD SUMBER
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam
bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail
tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada
masa pembuatan.
Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang
dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh
menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi
yang lain daripada perisian asal.
5.TIADA DISKRIMINASI TERHADAP SESORANG ATAU KUMPULAN
Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang.
6.TIADA DISKRIMINASI TERHADAP USAHA BIDANG LAIN
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa selain daripada
mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain.
Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada
menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam
kajian genetik.
7.PENGEDARAN LESEN
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada sesiapa yang
mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen
tambahan.
8.LESEN TIDAK BOLEH KHUSUS KEPADA SATU PRODUK
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada
aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada maklumat perisian
tertentu.
Jika aturcara ini diekstrak daripada maklumat tersebut atau
digunakan atau diedarkan dibawah terma lesen aturcara tersebut, semua
pihak yang mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang
sama dengan mereka yang mendapat hak bersamaan edaran aturcara asal.
9.LESEN TIDAK BOLEH MENGEHADKAN PERISIAN YANG LAIN
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain
yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut
tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan diatas medium
sama harus juga perisian sumber terbuka.
*****************************************************