PERBEZAAN ANTARA KOMPUTER MEJA (dekstop) DAN KOMPUTER RIBA (laptop).
Sesetengah orang merujuk komputer
peribadi (personal computer, PC) khusus kepada komputer meja
(desktop).Namun hakikatnya komputer peribadi, PC adalah
merujuk kepada semua jenis komputer yang boleh dimiliki oleh seseorang
individu. Antara komponen yang terdapat dalam sesuatu komputer
peribadi ialah unit pemprosesan pusat (Central Processing Unit, CPU),
papan induk (motherboard), cakera keras (hard disk), ingatan capaian rawak
(Random-access memory, RAM) papan kekunci (keyboard) dan tetikus
(mouse). Terdapat beberapa jenis komputer iaitu komputer meja (desktop),
komputer riba (laptop), komputer boleh alih (portable computer),
pembantu digital peribadi (personal digital assistant, PDA), komputer
tablet (tablet PC),dan sebagainya. Jenis-jenis komputer ini
mempunyai keistimewaan dan fungsi yang tersendiri. Walau bagaimanapun pada
keluaran kali ini penulis hanya ingin mengupas dua jenis komputer yang
sering menjadi pilihan iaitu desktop dan laptop.
KOMPUTER MEJA (DESKTOP)
Komputer meja lebih merujuk kepada komputer yang tetap di sesuatu
tempat sama ada pejabat ataupun rumah. Komponen-komponen umum bagi komputer
meja ialah Monitor, Unit Pemprosesan Pusat tetikus dan papan kekunci
secara berasingan , berbeza dengan komputer riba. Komputer jenis ini
biasanya bersaiz lebih besar berbanding komputer riba dan memerlukan
bekalan kuasa eletrik secara langsung.
KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
Komputer riba yang juga dikenali sebagai notebook atau
powerbook ialah komputer bimbit (mobile) yang dicipta khas untuk
memudahkan pengguna membawanya dan menggunakannya di mana sahaja tempat
yang diingini.Berat sesebuah komputer riba adalah sekitar 1 hingga 6
kilogram bergantung kepada saiz komputer tersebut.Komputer ini
mempunyai komponen yang sama dengan komponen komputer meja, cuma
dikecilkan komponen tersebut berbanding komputer meja dan beberapa komponen yang berbeza seperti pad sentuh yang menggantikan tetikus.
Nilai tambah komputer riba pula ialah mempunyai bateri yang boleh dicas
kembali dan membolehkan ia tahan selama beberapa jam tanpa bekalan
kuasa eletrik secara langsung.
PERBEZAAN ANTARA KOMPUTER MEJA DAN
KOMPUTER RIBA
Masing-masing komputer meja dan komputer riba
mempunyai kelebihan juga kekurangan mengikut aspek yang berbeza .Jika
dilihat dari sudut bahan gantian komponen dalam komputer, bahan komponen
komputer meja adalah lebih murah berbanding komputer riba.Oleh itu, ia
adalah keistimewaan bagi komputer meja. Selain itu, komponen tambahan
lebih releven untuk ditambah kepada komputer meja berbanding komputer
riba.Secara tidak langsung ini menunjukkan komputer meja berkemungkinan besar untuk diubah suai menjadi lebih canggih berbanding komputer
riba dari segi fungsi komponen bergantung kepada kadar pengubahsuaian.
Komponen yang berasingan juga dapat mengelakkan kerosakan semua komponen
sekaligus.Malahan komputer meja mempunyai ruang yang
lebih besar memudahkan haba mengalir keluar. Berbanding pula
dengan komputer riba, ia adalah satu alternatif untuk
mengelakkan pembaziran masa kerana seseorang pegawai pejabat boleh
meneruskan kerja yang tertangguh tanpa perlu kembali ke pejabat walaupun
dia berada di restoran sekalipun. Selain itu, saiz komputer riba adalah
lebih kecil berbanding komputer meja yang mana menjimatkan ruang untuk meletak dan menyimpannya.Tambahan pula, penggunaan bateri cas semula yang
tidak memerlukan punca kuasa secara langsung. Secara tidak langsung kes
litar pintas akibat panahan petir atau sebagainya dapat dielakkan dan
komputer terselamat daripada rosak. Selain itu, jumlah
penggunaan tenaga komputer jenis ini adalah lebih rendah
berbanding komputer meja. Walau bagaimanapun, kelebihan bagi komputer
riba yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja merupakan satu keburukan tanpa disedari memandangkan ia adalah sasaran utama bagi pencuri.
Selain itu, komputer riba dan komputer meja keduanya membawa keburukan
kepada kesihatan manusia.Sebagai contoh, skrin monitor komputer meja
yang tidak di kawal kadar kecerahan dengan baik akan menyebabkan
kecekapan penglihatan boleh menurun lantas membawa kepada rabun atau silau.
************************************************************************
Maklumat yg sangat berguna . Thanks sis Aida! #studentIt
ReplyDelete4 bintang kerana ia simple dan senang nak faham
ReplyDelete