Monday, 24 September 2012

BAHAGIAN 2 : SUMBER TERBUKA 

(OPEN SOURCE) 

 

PRO  DAN  KONTRA  BAGI  SUMBER  TERBUKA 


Berikut adalah beberapa pro dan kontra berkaitan sumber terbuka;

 

Pro:


1. Perisian boleh diperolehi secara percuma, tanpa bayaran langsung
2. Perisian sumber terbuka biasanya berfungsi tanpa masalah, memandangkan komuniti pembangun bersama-sama membangunkan perisian tersebut.
3. Mudah disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak pengguna, memandangkan kod sumber perisian tersebut boleh diperolehi dengan mudah.
4. Jumlah pembangun yang ramai membolehkan pengguna mendapatkan khidmat pelanggan yang jauh lebih baik berbanding perisian yang dibangunkan oleh sebuah syarikat, yang hanya menyediakan beberapa orang pekerja di bahagian khidmat pelanggan.
5. Jumlah pembangun yang ramai juga membolehkan sesuatu masalah yang mungkin timbul dalam perisian dapat diatasi dengan lebih cepat dan mudah.



Kontra:


1. Kurang sokongan berbagai hardware. Sesuatu perisian itu mungkin hanya berfungsi dalam satu hardware, tetapi tidak pada hardware yang lain.
2. Kurang dokumentasi. Pengguna yang tidak mempunyai asas dalam bahasa pengaturcaraan mungkin tidak memahami dokumentasi yang didatangkan bersama perisian, memandangkan dokumentasi tersebut ditulis oleh pembangun dengan tujuan memberi pemahaman kepada pembangun lain.
3. Pengguna yang tidak memahami bahasa pengaturcaraan juga mungkin menghadapi masalah menggunakan perisian sumber terbuka memandangkan ia tidak dihasilkan untuk berfungsi mesra pengguna seperti kebanyakan perisian komersil.




 CONTOH-CONTOH  PERISIAN  SUMBER  TERBUKA 


Antara perisian sumber terbuka yang popular:

 

1. Apache : Pelayan web (web server)  paling meluas digunakan di dunia

2. Mozilla Firefox : Pelayar web (web browser) paling popular

3. Linux : Sistem Operasi (operating system)

4. Joomla : Web Framework

5. 7-zip : Archiver

6. Mozilla Thunderbird : Klien E-mel

7. Frets on Fire : Permainan

8. GIMP : Editor Grafik

9. OpenOffice Writer : Pemproses Kata (seperti Mocrosoft Words)

10. MPlayer : Pemain Media




Dimana anda boleh memperolehi perisian sumber terbuka :

5. JavaForge.com


******************************************************

Monday, 17 September 2012

BAHAGIAN 1 : SUMBER TERBUKA 

( OPEN SOURCE)


      Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

 


 Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:



1.PENGEDARAN SEMULA BEBAS

Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.


2.KOD SUMBER 

Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan pengedaran kod sumber berlaku . Dimana sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber pada kos yang berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet tanpa sebarang bayaran.

Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.


3.KERJA BERSUMBER

Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan dibawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

 

4.KEKUATAN KOD PENCIPTA KOD SUMBER

Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan.

Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi yang lain daripada perisian asal.

 

5.TIADA DISKRIMINASI TERHADAP SESORANG ATAU KUMPULAN

Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang.

 

6.TIADA DISKRIMINASI TERHADAP USAHA BIDANG LAIN 

Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa selain daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain.

Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.


7.PENGEDARAN LESEN

Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada sesiapa yang mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.


8.LESEN TIDAK BOLEH KHUSUS KEPADA SATU   PRODUK

Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada maklumat perisian tertentu.

Jika aturcara ini diekstrak daripada maklumat tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawah terma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang sama dengan mereka yang mendapat hak bersamaan edaran aturcara asal.

 

9.LESEN TIDAK BOLEH MENGEHADKAN PERISIAN YANG LAIN

Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan diatas medium sama harus juga perisian sumber terbuka.

 

*****************************************************