Monday, 27 August 2012

PERBEZAAN ANTARA KOMPUTER MEJA (dekstop) DAN KOMPUTER RIBA (laptop). 

 

Sesetengah orang merujuk komputer peribadi (personal computer, PC) khusus kepada komputer meja (desktop).Namun hakikatnya komputer peribadi, PC adalah merujuk kepada semua jenis komputer yang boleh dimiliki oleh seseorang individu. Antara komponen yang terdapat dalam sesuatu komputer peribadi ialah unit pemprosesan pusat (Central Processing Unit, CPU), papan induk (motherboard), cakera keras (hard disk), ingatan capaian rawak (Random-access memory, RAM) papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse). Terdapat beberapa jenis komputer iaitu komputer meja (desktop), komputer riba (laptop), komputer boleh alih (portable computer), pembantu digital peribadi (personal digital assistant, PDA), komputer tablet (tablet PC),dan sebagainya. Jenis-jenis komputer ini mempunyai keistimewaan dan fungsi yang tersendiri. Walau bagaimanapun pada keluaran kali ini penulis hanya ingin mengupas dua jenis komputer yang sering menjadi pilihan iaitu desktop dan laptop.

 

 

KOMPUTER MEJA (DESKTOP) 

 

Komputer meja lebih merujuk kepada komputer yang tetap di sesuatu tempat sama ada pejabat ataupun rumah. Komponen-komponen umum bagi komputer meja ialah Monitor, Unit Pemprosesan Pusat tetikus dan papan kekunci secara berasingan , berbeza dengan komputer riba. Komputer jenis ini biasanya bersaiz lebih besar berbanding komputer riba dan memerlukan bekalan kuasa eletrik secara langsung. 

 

 

KOMPUTER RIBA (LAPTOP) 

 

Komputer riba yang juga dikenali sebagai notebook atau powerbook ialah komputer bimbit (mobile) yang dicipta khas untuk memudahkan pengguna membawanya dan menggunakannya di mana sahaja tempat yang diingini.Berat sesebuah komputer riba adalah sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung kepada saiz komputer tersebut.Komputer ini mempunyai komponen yang sama dengan komponen komputer meja, cuma dikecilkan komponen tersebut berbanding komputer meja dan beberapa komponen yang berbeza seperti pad sentuh yang menggantikan tetikus. Nilai tambah komputer riba pula ialah mempunyai bateri yang boleh dicas kembali dan membolehkan ia tahan selama beberapa jam tanpa bekalan kuasa eletrik secara langsung. 

 

 

PERBEZAAN ANTARA KOMPUTER MEJA DAN KOMPUTER RIBA 

 

Masing-masing komputer meja dan komputer riba mempunyai kelebihan juga kekurangan mengikut aspek yang berbeza .Jika dilihat dari sudut bahan gantian komponen dalam komputer, bahan komponen komputer meja adalah lebih murah berbanding komputer riba.Oleh itu, ia adalah keistimewaan bagi komputer meja. Selain itu, komponen tambahan lebih releven untuk ditambah kepada komputer meja berbanding komputer riba.Secara tidak langsung ini menunjukkan komputer meja berkemungkinan besar untuk diubah suai menjadi lebih canggih berbanding komputer riba dari segi fungsi komponen bergantung kepada kadar pengubahsuaian. Komponen yang berasingan juga dapat mengelakkan kerosakan semua komponen sekaligus.Malahan komputer meja mempunyai ruang yang lebih besar memudahkan haba mengalir keluar. Berbanding pula dengan komputer riba, ia adalah satu alternatif untuk mengelakkan pembaziran masa kerana seseorang pegawai pejabat boleh meneruskan kerja yang tertangguh tanpa perlu kembali ke pejabat walaupun dia berada di restoran sekalipun. Selain itu, saiz komputer riba adalah lebih kecil berbanding komputer meja yang mana menjimatkan ruang untuk meletak dan menyimpannya.Tambahan pula, penggunaan bateri cas semula yang tidak memerlukan punca kuasa secara langsung. Secara tidak langsung kes litar pintas akibat panahan petir atau sebagainya dapat dielakkan dan komputer terselamat  daripada rosak. Selain itu, jumlah penggunaan tenaga komputer jenis ini adalah lebih rendah berbanding komputer meja. Walau bagaimanapun, kelebihan bagi komputer riba yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja merupakan satu keburukan tanpa disedari memandangkan ia adalah sasaran utama bagi pencuri. Selain itu, komputer riba dan komputer meja keduanya membawa keburukan kepada kesihatan manusia.Sebagai contoh, skrin monitor komputer meja yang tidak di kawal kadar kecerahan dengan baik akan menyebabkan kecekapan penglihatan boleh menurun lantas membawa kepada rabun atau silau. 

 

 

************************************************************************

 

Monday, 13 August 2012

PERBEZAAN ANTARA NOTEBOOK DENGAN NETBOOK


a)Laptop/notebook 
  1. bersaiz besar dan lebih berat
  2. skrin lebar (widescreen - 12" ke 16")*
  3. sesetengahnya boleh jadi PC Tablet (skrin boleh dipusing 360 darjah, support touchscreen)*
  4. ada CD / DVD Optical Drive*
  5. port HDMI (High-Definition Multimedia Interface)*
  6. saiz kapasiti hard disk lebih besar (biasanya 250GB - 500GB)
  7. nilai RAM lebih besar (1-4GB)
  8. speed processor lebih tinggi (2-3GHz)
  9. sesuai untuk pelbagai tugasan berat (graphic editing, gaming)                                                                                                                                                                                                                                                    
b)Netbook
    1. bersaiz kecil dan lebih ringan
    2. skrin lebar (widescreen - 10"-11")
    3. tiada CD / DVD Optical Drive
    4. saiz kapasiti hard disk lebih kecil, sehingga 250GB sahaja
    5. nilai RAM cuma sehingga 1GB
    6. speed processor kurang 2GHz
    7. terhad kepada fungsi menaip dan melayari internet (juga mendengar lagu dan menonton video)
    8. lebih kepada kegunaan perbadi, pelajar (sekolah, universiti atau kolej) dan juga pejabat    


 ******************************************************